34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kerajaan PN dalam bahaya?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencetuskan persoalan mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN) yang disertai parti itu sejak Mac lalu.

Ini selepas beliau menyatakan bahawa UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan mahkamah mensabitkan hukuman bersalah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” tulis Ahmad Zahid di Facebook, hari ini.

Malah, hantaran yang dibuat Ahmad Zahid itu diakhiri dengan tanda pagar #UMNObangkit selain beliau berkongsi sekeping gambar di dalam masjid.

Imej itu seakan-akan membawa maksud Ahmad Zahid sedang meminta petunjuk dari Allah dalam melakukan sesuatu keputusan yang besar.

Ironinya, kenyataan Ahmad Zahid dibuat selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak agar meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan dan kehakiman negara.

“Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat mahkamah.

“Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan PN akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang,” kata Perdana Menteri.

Selain memaklumkan UMNO akan mengambil keputusan besar berikutan keputusan mahkamah, Ahmad Zahid meminta ahli UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan apa juga keputusan dibuat parti.

Kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat sebagai isyarat jelas berlakunya ‘pergolakan’ dalam UMNO yang kecewa dengan keputusan mahkamah.

Spekulasi tentang kedudukan UMNO dalam PN turut diperkuatkan menerusi perjumpaan tertutup antara ahli Parlimen PN dengan Muhyiddin di bangunan Parlimen hari ini.

Difahamkan perjumpaan yang berlangsung kira-kira sejam itu diketuai Ahmad Zahid.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan enggan memperincikan lebih lanjut mengenai perkara yang dibincangkan itu.

“Kami bincang macam-macam, tapi satu pun tak boleh bagitahu media,” katanya.

UMNO merupakan komponen terbesar dalam PN dengan 41 ahli Parlimen berbanding parti komponen lain.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan