25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kumpul wang kertas RM1,RM5 untuk laksanakan ibadah korban

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kegigihan seorang warga emas cacat penglihatan membawa segulung duit kertas RM 1 dan RM 5 hasil jualan tisu yang dikumpulkan selama setahun untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Mohamad Mor, 67, berasal dari Segamat, Johor hadir di pejabat EZ Qurban Sdn Bhd di Batu Caves Centrepoint, Gombak Kuala Lumpur semalam bersama wang tersebut bagi melaksanakan proses pendaftaran.

Dia datang ke pejabat itu bersama sahabat karibnya, Ishak Othman yang juga cacat penglihatan. Ishak turut mendaftar untuk melaksanakan ibadah tersebut.

”Duit ini pakcik kumpul hasil menjual tisu di sekitar Kuala Lumpur. Selama setahun pakcik kumpulkan sedikit demi sedikit dan memasang niat untuk melakukan korban pada tahun ini.

”Jika diizinkan kesihatan pakcik baik, insyaAllah setiap tahun akan cuba buat ibadah korban walaupun keadaan sebegini,” kata Mohamad ketika dihubungi Edisi 9 .

Wang kertas RM 1 dan RM 5 dikira selepas pendaftaran korban dilakukan.

Mohamad Mor yang menetap di Cheras sejak tahun 1976 pernah bekerja di sektor kerajaan dan swasta.

Disebabkan faktor kesihatan dan kegawatan ekonomi pada pertengahan tahun 80- an, dia berhenti bekerja.

Mohamad kemudiannya meneruskan kehidupan dengan penjualan tisu di kedai- kedai makan sekitar bandar raya ini.

”Ini tahun kelima pakcik menunaikan ibadah korban hasil duit terkumpul dengan rezeki yang diperolehi,” kata Mohamad. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan