28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kebenaran bendera perjuangan Najib

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK AZIZ

MEREKA bertanya saya perihal Datuk Seri Najib bin Abdul Razak semalam.
Saya berkata, teruskan perjuangan Datuk Seri Najib.

Keputusan semalam adalah satu daripada dua laluan di hadapan yang sudah dijangka sejak awal perjuangan. Perjuangan tunjang kehidupan. Ia menghalang kematian bahkan kepupusan manusia di bumi.

Manusia berjuang demi kekayaan. Ia baik. Manusia berjuang demi kuasa. Ia baik. Manusia berjuang demi nyawa. Ia amat baik. Tetapi, perjuangan terbaik adalah demi kebenaran. Demi menegakkan al haq.

Itulah bendera perjuangan DSNR (Datuk Seri Najib Razak) hari ini. Tiada yang lebih baik daripada niat dan jihad ke arah itu.

Saya tidak tahu siapa yang benar. Mana satu yang batil. Tetapi saya amat tahu bahawa Allah memegang dan memiliki kebenaran itu. Dia pasti mempertahankan hamba-Nya yang benar dan berjuang deminya.

Antara yang hebat dalam perjuangan Datuk Seri Najib bin Abdul Razak adalah perjuangannya tanpa suara nyaring.

Menulis dengan gigih. Ucapannya yang tenang. Turun kepada rakyat dengan senyum, lambai dan salam-salaman. Ia membantu meredakan ketegangan pada era peralihan kuasa daripada BN kepada PH.

Tiba-tiba PH jatuh sendiri sebelum baligh. Beruk di hutan tidak kalah dek angin ribut. Tetapi angin sepoi-sepoi bahasa cukup menjatuhkan beruk ke sungai.

Datuk Seri Najib di sebalik segala pertuduhan berat ke atasnya adalah seorang lelaki pejuang. Saya hormatinya.

  • Penulis adalah Ahli Parlimen Bachok. Tulisan ini dipetik daripada Facebook beliau.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan