33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kek Ruhainies berwajah pondan, ‘baker’ tampil buat penjelasan

Mesti Baca

SELEPAS tular kek hari jadi pelakon Ruhainies berikutan rekaan wajah pelik yang dianggap menyerupai mak nyah terkenal dari Thailand, pembuat kek, Syauki Khozaid tampil menjelaskan perkara sebenar.

Memetik laporan mStar Online, Syauki berkata, dia kekurangan masa untuk menyiapkan kek itu selepas pihak Ruhaines membuat tempahan dua hari sebelum majlis ulang tahun aktres tersebut.

Menurutnya, sedar dengan risiko yang akan dihadapi, dia tetap mahu mencabar diri dalam memberikan kelainan pada rekaan kek istimewa itu.

“Sebenarnya ia tempahan saat akhir. Hanya dua hari saja diperuntukkan untuk buat kek ini.

“Mereka tak minta pun bentuk kek seperti itu. Mereka cuma beritahu tema iaitu putih dan merah jambu dan dekorasi semua serah pada saya.

“Saya beritahu perancang majlis yang saya nak buat kek lain dari yang lain. Sebab saya nak cabar diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syauki mengakui sebagai pembuat kek yang beroperasi secara kecil-kecilan di rumah, dia tidak dapat memberi fokus sepenuhnya kepada kek berkenaan berikutan terpaksa menyiapkan tempahan lain.

Tambahnya lagi, dia hanya tidur satu jam sahaja semata-mata untuk menyiapkan kek tersebut.

“Saya ni homebaker, semua benda saya buat seorang diri. Masa yang saya ada itu memang sangat padat,” ujarnya.

SYAUKI KHOZAID (kanan) mendakwa dia hanya tidur satu jam sahaja semata-mata untuk menyiapkan kek tersebut. – Foto FACEBOOK

Sementara itu, Syauki turut menjelaskan dia menerima tempahan tersebut berikutan peluang seperti ini hanya datang sekali.

Katanya, secara tidak langsung dia dapat belajar dari kesilapan sambil menggunakan sepenuhnya kemahiran sedia ada.

Selain itu, Syauki berkata, dia tidak mengambil serius kecaman serta komen negatif netizen dan sentiasa berkiran positif.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas yang dipetik BH Online berkata, kek sambutan hari lahir yang ke-27 itu mencuit hatinya dan sedikit pun tidak terasa hati.

“Awalnya, saya tak jangka kek ini akan tular hingga dikaitkan menyamai wajah mak nyah. Saya sendiri baru tahu mengenai kewujudan mak nyah yang dimaksudkan.

“Namun, saya menghargai usaha peminat membuat kek pada saat akhir. Malah, Syauki ada menghantar mesej langsung di IG memohon maaf apabila ia menjadi tular. Syauki beritahu akan membuat kek lebih baik jika ada masa panjang.

“Saya tak terasa hati, malah anggap ia hanya usikan netizen. Peminat hanya menyediakan kek berwajah seorang wanita. Apa yang penting, biarpun kek ‘dikecam’ rasanya sangat sedap dan habis dimakan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan