26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pengorbanan hebat Ahmad Zahid, Najib demi UMNO

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DATUK ABDUL AZIZ KAPRAWI

AZIZ KAPRAWI

SAYA tidak bersetuju dengan ‘nasihat’ yang diberikan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkorban dengan memberi jalan kepada orang lain menjelang pilihan raya yang akan datang.

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kedua-dua mereka telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan setelah parti tidak lagi menjadi kerajaan selepas 61 tahun berkuasa.

Apabila berkata tentang soal pengorbanan, saya berpendapat bahawa kedua-dua mereka ini telah melakukan pengorbanan yang cukup hebat demi kesinambungan dan perjuangan parti.

Najib merupakan pemimpin UMNO yang pertama berkorban demi parti dengan melepaskan jawatannya sebagai presiden.

Beliau juga secara bersendirian mula memperjuangkan nasib rakyat dengan mengkritik kegagalan Kerajaan PH sehinggalah beliau diangkat menjadi ikon di media sosial melalui fenomena ‘Bossku’.

Setelah jatuhnya Kerajaan PH, beliau juga telah berjiwa besar memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga membolehkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk.

Begitu juga dengan Ahmad Zahid yang telah dipilih oleh akar umbi UMNO secara demokratik untuk memimpin UMNO di kala parti tidak lagi mempunyai apa-apa.

Perlu diingatkan bahawa usaha beliau yang paling signifikan merupakan penubuhan Maufakat Nasional (MN) yang menyaksikan penggabungan parti terbesar umat Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas, serta menjadi satu gagasan yang digeruni oleh parti lawan.

Malah beliau juga dengan tegas menolak permintaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membubarkan UMNO. Sekali lagi beliau telah berkorban apabila bersetuju untuk tidak dilantik dalam apa-apa jua jawatan Kabinet meskipun beliau merupakan Presiden parti.

Kepemimpinan Ahmad Zahid meskipun sering diuji dengan pelbagai cabaran telah berjaya mengemudi UMNO dengan hikmah dan bijaksana apabila berjaya menjadikan UMNO sebagai parti kerajaan selepas hanya 22 bulan sahaja Kerajaan PH memerintah.

Usah terlupa juga kepada kemenangan demi kemenangan Barisan Nasional di enam pilihan raya kecil berturut-turut yang menumbangkan calon-calon Pakatan Harapan (PH). Janganlah habis manis sepah dibuang.

Justeru, adalah tidak wajar untuk menuntut kedua-dua mereka ini berkorban dengan memberikan laluan kepada orang lain.

Berilah peluang kepada Najib menebus kekalahan yang lepas dan berilah jua peluang kepada Presiden UMNO yang pertama setelah kalah pilihan raya umum untuk terus mengemudi parti sehingga pemilihan yang akan datang.

  • Penulis adalah bekas Ahli Parlimen Sri Gading

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan