24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Virus baharu dikesan di China, berpotensi pandemik

Mesti Baca

BEIJING – Ketika dunia masih bergelut menghadapi virus Covid-19 yang berasal dari China, saintis di negara itu telah menemui satu lagi virus baharu yang berpotensi menjadi pandemik jika tidak dikawal.

Virus selesema yang dipercayai berpunca dari babi itu boleh menjangkiti manusia apabila dua individu di negara itu dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

Menurut kertas penyelidikan di Jurnal Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (PNAS), virus yang diberi nama G4 EA H1N1 itu menyerupai virus selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia sebelum ini.

Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus tersebut dan tubuh manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya.

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan virus G4 itu merebak dalam kalangan manusia yang berada dalam industri ternakan babi seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” kata kajian tersebut melalui jurnal yang diterbitkan di laman web PNAS ( https://www.pnas.org/content/early/2020/06/23/1921186117 )

Advertisements

Menurut laporan itu, kedua-dua pesakit yang dikesan dijangkiti virus tersebut mempunyai jiran yang memelihara babi.

“Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut,” tulis artikel itu.

Menurut saintis dalam laporan tersebut, 10.4 peratus (35 daripada 338) pekerja di ladang babi di kawasan dua pesakit yang dijangkiti itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk virus tersebut.

“Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik,” kata para saintis. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan