30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ambil tindakan tegas terhadap individu hina Jata Negara

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wirawati PUTRA mendesak supaya mereka yang meghina Jata Negara dikenakan hukuman berat sebagai peringatan tegas kepada semua pihak supaya tidak melakukan tindakan memperlekehkan maruah negara.

Ketuanya Dr.Asmah Razalli berkata, perkara berkaitan maruah dan kedaulatan negara sama sekali tidak boleh dijadikan bahan jenaka kerana rakyat tidak akan terhibur dengan mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab.

Berikut kenyataan penuh beliau;

Pergerakan Sayap Wirawati PUTRA Malaysia memuji tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil tindakan pantas menyiasat isu lambang Jata Negara yang diubahsuai dan disalahguna oleh sebuah penerbitan dalam buku terbitan mereka.

PDRM sedang menyiasat mereka yang bertanggunjawab di bawah seksyen 3(1) Akta Lambang dan nama (1963) memperuntukkan kesalahan meniru lambang kerajaan Persekutuan (Jata Negara)

Tindakan undang undang perlu dikenakan ke atas mereka yang secara terang terangan menghina Jata Negara serta mengubahsuainya dengan alasan tidak tahu atau dijadikan bahan jenaka.

Maruah dan kedaulatan negara tidak sesekali boleh dijadikan bahan jenaka dan rakyat Malaysia tidak akan terhibur dengan warganegara tidak bertanggungjawab.

Advertisements

Hukuman berat wajar dikenakan sebagai peringatan tegas kepada mana mana individu termasuk pemimpin parti politik supaya jangan sesekali memperlekehkan kehormatan serta maruah negara seperti mengubah Jata Negara, Jalur Gemilang atau lagu kebangsaan sesuka hati.

Setiap lambang yang terhasil dalam Jata Negara mempunyai maksud representasi sistem Raja Berperlembagaan dan negeri-negeri di Malaysia dan bukannya dijadikan bahan gurauan.

Alasan tidak tahu atau minta maaf setelah mengubahsuai Jata Negara adalah alasan dangkal dan tidak boleh diterima sama sekali . Warganegara seperti ini boleh menyebarkan fahaman tidak baik dan cuba menghasut rakyat.

Sudah sampai masanya Akta hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dipertimbangkan semula supaya tiada lagi individu a berani membuat jenaka terhadap Kedaulatan Negara.

Pemimpin parti politik seharusnya lebih berhati-hati dan menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan serta demokrasi harmoni dengan menyemarakkan perpaduan dan bukannya menggalakkan kebencian.

Golongan belia juga perlu berhati-hati dalam memperjuangkan budaya kebebasan bersuara yang tiada hala tuju, tidak berilmiah dan menghina negara hala semata-mata ingin dilihat bebas dan moden.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan