28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Syed Saddiq umum sendiri dicalonkan penerima anugerah belia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disenarai pendek sebagai antara 15 orang penerima One Young World Politician of the Year Award 2020.

Perkara itu diumumkan beliau sendiri dalam laman Facebook miliknya semalam.

Beliau berkata, penghargaan itu diberikan kepada ahli politik muda yang memberi impak dan perubahan positif kepada negara dan komuniti secara keseluruhan.

“Sudah tentu saya gembira dengan berita ini. Bagi saya, ini bukanlah sebuah pencapaian untuk individu semata-mata.

“Saya tahu bahawa untuk membawa perubahan yang baik kepada negara, kerja keras bersama adalah paling utama,” katanya.

Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut beliau, KBS berjaya mereka inisiatif Projek Reben Kuning yang memberi lebih 1,583 pekerjaan kepada belia berisiko dan bekas pesalah muda sebagai peluang kedua dalam kehidupan.

“Undi18 pula memberikan hak di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memilih masa hadapan negara kepada 7.8 juta anak muda berusia 18 tahun,” jelasnya.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu juga gembira melihat lebih 24,403 pemimpin muda berumur 15 dan 17 tahun yang dibesarkan sebagai pemimpin masa hadapan melalui Malaysia Future Leaders School (MFLS) pada tahun 2019 sahaja.

“KBS juga berperanan besar dalam membawa anak muda perniagaan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara serta mengembangkan program Felo Korporat untuk anak muda berjiwa korporat,” ujarnya.

Beliau juga menaruh seluruh keyakinan bahawa anak muda adalah masa hadapan negara.

“Percayalah bahawa setiap masa dan tenaga yang kita letakkan untuk negara pasti ada hasilnya,” katanya.

Walaupun beliau bukan lagi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mahu anak muda terus bekerja keras dan memberi inspirasi kepada dunia.

“Bagi saya, inilah masa terbaik untuk membina negara bersama,” begitulah katanya.

Rasanya baru disenarai pendek, tetapi gaya Syed Saddiq bercakap macam sudah menang anugerah.

Jangan kecewa pula kalau tidak terpilih kerana mungkin ada kelemahan semasa 22 bulan menjadi menteri rejim PH dahulu. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan