27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Apa itu sekolah vernakular? Pengajarannya… (Bahagian 2)

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

sekolah Cina

Oleh : ANUAR AHMAD

TAHUKAH anda hanya negara Malaysia sahaja yang di dunia ini yang telah mengiktiraf sekolah Cina dan Tamil sebagai sekolah kebangsaan.

Status kebangsaan menyebabkan semua SJKC dan SJKT menerima bantuan peruntukan kerajaan dan disediakan guru-guru yang dibayar gaji oleh kerajaan. Tidak ada di tempat lain.

Ini adalah satu sejarah yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap rakyat Malaysia.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil dari sejarah kewujudan SJKC dan SJKT di negara ini?

Orang Melayu melalui parti Melayu (baca: UMNO) sangat bertoleransi sehingga memberi laluan kewujudan sekolah vernakular yang pada awalnya tidak menggunakan bahasa kebangsaan untuk dimasukkan ke dalam aliran kebangsaan. Sebab itu, SJKC dan SJKT terus berkembang maju dan hebat sehingga hari ini.

Dulu, di akhir tahun 1950-an kebanyakan sekolah Cina dan Tamil berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat serius. Sekolah ini juga berhadapan dengan isu kekurangan guru terlatih.

Ada sekolah Cina dan Tamil yang terpaksa ditutup. Dengan menjadi sebahagian sistem sekolah kebangsaan, survival sekolah Cina dan Tamil dapat diteruskan sehingga hari ini.

Pemimpin politik bukan Melayu dari parti MCA dan MIC di era awal kemerdekaan mempunyai jiwa yang besar bila bersetuju menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di SJKC dan SJKT.

Hanya sebilangan kecil pemimpin Cina yang dipimpin oleh Dong Zong menolak untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan berkeras untuk kekal sebagai sekolah persendirian vernakular Cina menggunakan bahasa Mandarin.

Baca juga:   Imunisasi Covid-19: Jangan ada yang 'potong giliran'
Baca juga:   Daerah Petaling zon merah, semua sekolah ditutup mulai esok

Hari ini kumpulan inilah yang sedang mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC.

Bukan semua orang Cina bersetuju dengan Dong Zong. Ada juga yang tidak bersetuju malah menentang Dong Zong.

Semoga lebih ramai pemimpin Cina dan India memahami dan menghayati Perkara 152 perlembagaan Malaysia yang mempunyai peruntukan ‘menang-menang’ tentang kedudukan bahasa kebangsaan dan jaminan bahasa ibunda.

Bercakap tentang sekolah yang sepatutnya membina hubungan perpaduan, data terkini menunjukkan SJKC telah menerima hampir 25% pelajar bukan Cina (Melayu, Bumiputera dan India).

75% pula adalah pelajar berbangsa Cina. Manakala di sekolah kebangsaan ada 90% pelajar Melayu dan hanya 10% pelajar Cina dan India.

Jadi bila bercakap soal membina perpaduan, sekolah mana yang lebih meraikan kepelbagaian dan mempunyai ruang interaksi antara kaum?

Di masa akan datang kita mengharapkan sekolah kebangsaan lebih bersedia untuk menjadi sekolah orang Malaysia dan bukan sekadar sekolah Melayu.

Bagaimana pula dengan sekolah agama? Bagaimana caranya sekolah agama dapat membina perpaduan kaum?

Jadi sebelum ada antara kita berkata ‘SJKC mesti dimansuhkan’ sebaiknya fahami dulu data terkini pendaftaran persekolahan dan kemudian barulah memberikan hujah kita. Jangan emosi…

Cina
Gambar hiasan: The Sun Daily

Dua cara terbaik menjayakan perpaduan melalui pendidikan adalah dengan meramaikan anak-anak Melayu dan India di sekolah Cina, dan kedua, Kementerian Pendidikan segera meningkatkan kualiti dan imej sekolah kebangsaan sebagai sekolah Malaysia untuk menarik lebih ramai pelajar Cina dan India ke sekolah kebangsaan.

Baca juga:   Nama-nama bakal digugur, apa reaksi mereka?

Orang Cina dan India harus lebih bersedia menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sebenarnya ramai orang bukan Melayu yang telah bersetuju dengan hal ini. Tinggal beberapa kerat cauvinis Cina dan India sahaja yang ‘menolak’ amalan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebab itu kerajaan kena bertegas meningkatkan tahap penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan dan pendidikan tinggi.

Baca juga:   5 permintaan guru mendapat perhatian PM

Jika hanya untuk berbual di pasar, tidak ada sebab untuk cauvinis Cina menguasai bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu mesti ditingkatkan.

Ini kuasa kerajaan. Kerajaan yang menghormati Perlembagaan negara akan melakukannya.

Malaysia mengambil langkah berani dan menongkah arus bila bersedia memasukkan sekolah Cina dan Tamil dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Jika kita berjaya membina kepelbagaian persekolahan sebagai aset perpaduan negara, kita memberi contoh amalan terbaik pendidikan untuk perpaduan kepada seluruh masyarakat dunia. – EDISI 9

Baca juga: Apa itu sekolah vernakular? Sejarahnya… (Bahagian 1)


Penulis ialah Pensyarah Pusat Pengajian Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Artikel ini dipetik dari laman Facebook beliau.

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan