25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hanya PRU mampu hentikan politik tidak siuman – Puad Zarkashi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pilihan raya umum (PRU) mengejut adalah jalan terbaik untuk menghentikan politik ‘tidak siuman’ yang sedang melanda negara pada masa kini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selagi tidak diadakan PRU dan membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh, politik negara akan terus huru-hara.

Justeru beliau menyokong saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen secara mengejut, sepertimana dilakukan Singapura.

“Bubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya mengejut. Huru hara politik oleh pembangkang perlu dihentikan segera melalui keputusan baru dari rakyat.

“Jika tidak negara dan rakyat akan sengsara. Sekarang ini timbul fenomena baru untuk menukar kerajaan. ‘PRU cukup tempoh’ atau ‘matang tempoh’ dipermainkan,” kata beliau menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Mohamad menyarankan Muhyiddin segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa.

Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.

Puad berkata, dalam situasi sekarang kerajaan Pusat dan negeri boleh bertukar pada bila-bila masa melalui ‘wayang politik’ dan beli membeli wakil rakyat.

“Tidak akan ada pengakhiran. ‘Game plan’ politik mengakibatkan kerajaan kehilangan fokus.

“Ada pihak sanggup menjadi Perdana Menteri untuk 6 bulan sahaja. Ada pula parti politik yang menyokongnya. Kesiuman politik sudah tidak ada,” tegas beliau.

Katanya, bagaimana negara mahu bergerak ke hadapan terutama pasca COVID-19 jika situasi ini berlaku.

Justeru, katanya, Muhyiddin sudah tidak ada pilihan melainkan membubarkan Parlimen dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu.

“Kita perlu kerajaan dari suara rakyat dan bukan kerajaan SD (akuan bersumpah) yang dikuasai oleh Mahathir dari belakang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan