24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Noh lepaskan jawatan Pengerusi MISC selepas 17 hari dilantik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tidak sampai sebulan selepas dilantik sebagai Pengerusi MISC Bhd., hari ini Ahli Parlimen Tanjung Karang dari UMNO, Tan Sri Noh Omar meletakkan jawatannya.

Memetik laporan Bernama, peletakan jawatan lantikan politik itu dibuat selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MISC pada 1 Jun lepas telah meletak jawatan tersebut, berkuatkuasa semalam.

“Beliau berharap Lembaga MISC dan pengurusannya akan mencatatkan kejayaan dalam usaha menerajui syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi.

Advertisements

“Manakala Lembaga Pengarah MISC turut memberikan harapan yang serupa ke atas Noh dalam usaha dan masa depan beliau,” lapor Bernama.

Isu pelantikan Ahli-ahli Parlimen kerajaan menjadi modal bagi pembangkang untuk menghentam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Antara lantikan paling hangat diperkatakan ialah Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Pembangkang menggunakan modal lantikan politik dalam agensi kerajaan untuk menunjukkan bahawa Muhyiddin terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO dan Pas dengan menawarkan jawatan terbabit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan