36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sistem tergendala, individu lebih banyak memohon – MITI

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terkejut permohonan meneruskan operasi perniagaan yang diterima pihaknya mendapat sambutan luar biasa sehingga menyebabkan laman web kementerian tergendala.

Lebih mengejutkan sebahagian daripada 176,000 pemohon yang mengakses ke sistem permohonan online itu terdiri daripada kalangan individu dan bukannya syarikat perniagaan.

MITI mendapati majoriti pelawat ini bukan syarikat tetapi individu yang mengakses portal MITI. Jumlah pelawat yang terlalu tinggi ini adalah tidak selari dengan jumlah syarikat dalam sektor yang diluluskan,” kata kementerian dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, kenyataan itu berkata, sistem permohonan tersebut ditutup sementara pada pukul 2 petang dan dijangka akan dibuka semula selepas 4 petang hari ini melalui laman web application.miti.gov.my

Sebelum ini portal MITI mengalami gangguan ekoran peningkatan trafik luar biasa sejak permohonan itu dibuka seawal pukul 9 pagi tadi.

Kata kenyataan itu, dalam tempoh dua jam permohonan dibuka lebih 170,000 pengguna telah mengakses ke laman web tersebut sehingga menyebabkan berlaku gangguan.

Kelmarin, MITI telah membenarkan beberapa sektor perniagaan seperti kedai gunting rambut, dobi dan kedai cermin beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal memasuki fasa ketiga ekoran wabak Covid-19.

Bagaimanapun, keputusan itu mendapat bantahan banyak pihak kerana bimbang akan wujud kluster baharu dari kedai gunting rambut menyebabkan kerajaan menarik balik semula kebenaran itu selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan