29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

PKP: Cukup-cukuplah ‘membuli’ budak U

Mesti Baca

SELEPAS menulis artikel mengenai kesihatan dan tips perawatan cara Islam dua hari lepas, Che Wann tidak dapat menahan keinginan untuk menulis mengenai isu semasa berkaitan Covid-19 yang menjadi perbualan ramai.

Tujuan Che Wann menulis bukan hendak mencari salah kerajaan kerana sudah tentu segala langkah dan tindakan diambil kerajaan setakat ini adalah yang terbaik untuk kepentingan rakyat walaupun akan ada ‘suara-suara nyamuk’ membingit di belakang. Biarkan Si Luncai dengan labu-labunya.

Bagaimanapun, mengikut pandangan peribadi Che Wann, masih ada ruang untuk membaiki apa-apa sahaja tindakan yang kurang disenangi rakyat atau dalam bahasa kasarnya ‘tindakan menyusahkan’ yang tidak perlu.

Antaranya isu yang Che Wann ingin sentuh kali ini ialah mengenai nasib para pelajar kolej atau universistu atau dikenali sebagai ‘budak U’ yang masih terperangkap di kampus masing-masing.

Setakat semalam, lebih 80,000 pelajar universiti atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dimaklumkan masih berada di asrama di kampus masing-masing kerana tidak dibenarkan meninggalkan kediaman mereka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ibu bapa tidak perlu risau mengenai kebajikan dan makan minum anak-anak mereka yang sentiasa terjaga.

Mendengar berita itu membuat Che Wann terfikir, apa salah mereka sehingga dikurung hampir sebulan walhal  pada awalnya mereka diminta berada di kampus selama 14 hari demi memastikan mereka tidak terdedah kepada virus Covid-19.

Pada awal pelaksanaan PKP1, mereka diminta meninggalkan kampus dan berpusu-pusulah mereka ke stesen bas, keretapi dan sebagainya.

Kemudian timbul pula arahan polis orang ramai, termasuk para pelajar IPTA tidak boleh meninggalkan kampus selagi belum mendapat surat dari balai polis.

Baca juga:   Apa guna Seksyen 23 SPRM selagi PM punya kuasa mutlak?

Apabila balai dikerumun, arahan bertukar tidak perlu surat kebenaran dan kemudiannya bertukar pula sesiapa pun tidak dibenarkan balik ke rumah masing-masing selama 14 hari.

Alasannya kerajaan hendak memastikan pelajar-pelajar itu bersih dari jangkitan virus Covid-19 kerana tempoh inkubasi virus itu berada di dalam badan adalah 14 hari.

Baca juga:   PKP-4: 8 jenis perniagaan perlu dibuka segera!

Bagaimanapun, selepas tamat bukan setakat 14 hari, tetapi 28 hari setakat hari ini, pelajar U itu masih di’kurung’ di kediaman masing-masing walaupun mereka ‘secara teknikalnya adalah bebas’ dari Covid kerana ketiadaan kes di tempat mereka tinggal dan tidak berpeluang ke luar walaupun untuk membeli barangan di kedai atau pasaraya luar kampus.

Sudah tentu, keputusan kerajaan menghalang mereka yang ‘bebas Covid’ ini pulang ke kampung selepas PKP selama dua minggu lagi menimbulkan tanda tanya, terutama dalam kalangan ibu bapa mereka.

Pelajar luar negara boleh pulang!

Jika diperhatikan, para pelajar universiti tempatan yang disahkan tiada potensi dijangkiti Covid selepas dikuarantin selama 28 hari tidak dibenarkan pulang ke rumah tetapi kerajaan pada masa yang sama berusaha membawa pulang para pelajar Malaysia di luar negara.

Ada juga alasan bahawa jika kerajaan benarkan 80,000 pelajar itu pulang, mereka akan membanjiri stesen-stesen bas atau keretapi atau lapangan terbang yang akhirnya mendedahkan mereka kembali kepada jangkitan virus itu.

Apa punya alasan! Sudah tentu perkara itu dapat dielak kerana kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi boleh menyusun kepulangan para pelajar itu dari pelbagai IPTA atau IPTS itu secara berperingkat.

Baca juga:   MRA dan Celcom Axiata santuni mahasiswa terkesan

Jika masih takut juga, mereka boleh dihantar menggunakan bas-bas universiti atau kolej yang sudah tentu tidak membolehkan mereka bercampur dengan orang ramai di stesen bas. (Ada ke lagi orang menaiki bas?)

Alasan para pelajar tidak perlu pulang kerana kerajaan menyediakan makan minum juga sepatutnya tidak berlaku kerana peruntukan itu sepatutnya diberikan kepada ramai golongan miskin yang masih memerlukan makanan. Kenapa membazir untuk  para pelajar itu kerana mereka mempunyai ibu bapa yang mampu.

Cuba bayangkan apa yang hendak dilakukan oleh para pelajar itu yang kebanyakannya berada di kediaman yang hanya mempunyai kemudahan asas tanpa siaran televisyen atau Internet berkelajuan tinggi.

Malahan ada di antara mereka yang tinggal bersesak-sesak berkongsi katil bertingkat seramai empat orang di dalam satu bilik.

Baca juga:   Surat terbuka akar umbi kepada pucuk pimpinan UMNO

Keadaan itu mungkin boleh diterima jika kediaman mereka sebelum ini hanya untuk tidur di waktu malam kerana di siang hari sibuk dengan kuliah dan aktiviti riadah.

Walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan gesaan ini, bagi Che Wann, benarkan lah mereka pulang ke pangkuan keluarga masing-masing kerana sudah tiada alasan lagi kerajaan untuk ‘mengurung’ para pelajar itu  selama dua minggu lagi.

Cukup-cukuplah menyiksa jiwa dan minda mereka selama sebulan lalu walaupun mereka kelihatan sihat kerana mendapat makanan mencukupi tetapi kita tidak mahu mempunyai pelajar yang stres dan berjiwa memberontak,  akhirnya mereka mungkin melahirkan kemarahan kepada kerajaan apabila telah merdeka kelak.

Wallahuallam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan