Tuesday, July 21, 2026

Vape

Vape: PHM kesal kita tidak setegas negara jiran

PUBLIC Health Malaysia (PHM) meluahkan kekesalan kerana kegagalan Malaysia bertindak berani dan tegas seperti negara jiran iaitu Singapura dan Thailand dalam mengharamkan penjualan vape (rokok elektronik). PHM berkata, pakar perubatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat prihatin telah pun memberi amaran...

MBM bimbang cukai tanpa kawal iklan vape, rokok elektronik

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) meluahkan kebimbangan sekiranya percukaian semata-mata dikenakan kepada rokok elektronik dan vape tanpa kawalan ketat akan menyebabkan produk berkenaan semakin berleluasa. Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun berkata, kawalan ketat yang dimaksudkan adalah berkaitan pengiklanan dan promosi produk...

Cukai vape boleh dilaksanakan, KKM teliti isu perundangan

PENCUKAIAN ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut. Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023). “Jika...

KKM kesal penjualan vape menyerupai permainan kanak-kanak

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) berasa kesal dengan isu tular penjualan rokok elektronik atau vape yang menyerupai permainan kanak-kanak atau "Tiger Pod" yang kini semakin berleluasa. Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu sangat membimbangkan ibu-bapa dan guru kerana produk tersebut...

Pengguna vape berdepan risiko kecederaan paru-paru – Khairy

PENGGUNA rokok elektronik atau vape di Malaysia berdepan penyakit kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bahkan pengguna vape juga berisiko mengalami kecacatan kekal pernafasan dan kematian. Menurutnya, Kajian Kesihatan...

Pelajar dipukul senior buat aduan hisap vape

GARA-gara membuat aduan terdapat pelajar menghisap vape, tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman, Terengganu dibuli dan dipukul sekumpulan senior dalam kejadian 23 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit...

Peniaga burger direman 5 hari, letak vape di mulut bayi

SEORANG peniaga burger dikenakan perintah reman selama lima hari berikutan tindakannya meletakkan alat menghisap vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan. Perintah reman terhadap suspek yang berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini di sini bermula hari ini...

Vape perisa dadah dijual RM150 sebotol terbongkar

POLIS berjaya membongkar sebuah sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lalu menjual dadah di dalam botol perasa ‘vape’ bersaiz 10 milliliter (ML) di sekitar Lembah Klang pada harga RM150 sebotol. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata,...

PGA7 rampas vape bernilai RM35,105 di Rantau Panjang

CUBAAN sekumpulan lelaki menyeludup 413 botol perisa vape bernilai RM35,105 ke negara jiran tidak berhasil apabila dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam serbuan yang dilakukan di pangkalan haram Ibrahim Pencen, Rantau Panjang, Kelantan. Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan...

Vape, rokok elektronik perlu diharamkan

KEMASUKAN dan penggunaan rokok eletronik dan vape di negara ini perlu diharamkan dan bukannya mengenakan cukai kepada pengguna dan penjualnya. Itu pandangan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang berkenaan dengan cadangan kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...
- Advertisement -spot_img