29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pengguna vape berdepan risiko kecederaan paru-paru – Khairy

Bagi tahun 2022 pula, bermula dari Jun hingga September iaitu selepas arahan notifikasi dikeluarkan, sebanyak empat kes disyaki Evali dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA rokok elektronik atau vape di Malaysia berdepan penyakit kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bahkan pengguna vape juga berisiko mengalami kecacatan kekal pernafasan dan kematian.

Menurutnya, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun 2019 menunjukkan terdapat kira-kira 1.1 juta pengguna rokok elektronik atau vape di negara ini. 

“Penyakit Evali mula didiagnosa pada tahun 2019 di Amerika Syarikat apabila sebanyak 2,800 kes kecederaan paru-paru dan 68 kematian.

“Kes Evali yang dilaporkan di Malaysia sehingga kini merekodkan dua kes pada tahun 2019, manakala lapan kes dikenal pasti melalui kajian Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2021.

“Namun, jumlah yang dilaporkan ini berkemungkinan lebih rendah dari jumlah kes yang sebenar akibat tiadanya garis panduan serta penerangan tentang Evali.

Advertisements

“Penyakit ini sangat bahaya dan ia wujud dan mitos mengatakan ia lebih selamat dari rokok tembakau tapi tidak bermakna ia sifar risiko.

“Bagi tahun 2022 pula, bermula dari Jun hingga September iaitu selepas arahan notifikasi dikeluarkan, sebanyak empat kes disyaki Evali dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan dan dalam penyiasatan lanjut pegawai di lapangan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Evali, di Putrajaya, hari ini. 

Ujar Khairy lagi, walaupun data bagi kejadian wabak Evali di Amerika Syarikat menunjukkan vitamin E-Asetat adalah bahan kimia yang banyak dijumpai dalam kajian makmal cecair e-liquid, bahan kimia lain juga berisiko menyebabkan Evali.

Menurutnya, walaupun Evali hanya bertumpu pada sistem pernafasan, penggunaan rokok elektronik atau vape boleh menyebabkan gejala-gejala selain gejala pernafasan seperti kebas anggota badan, berdebar-debar dan halusinasi. 

“Keadaan ini sangat berisiko dan dapat meningkatkan kadar morbiditi dan kematian. Malah anggaran kos bagi merawat seorang pesakit Evali yang dimasukkan ke dalam hospital selama empat hari adalah sebanyak RM50,297.37,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan