25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penjaja dekat di hati PM, akan lulus permohonan jika BN memerintah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan golongan penjaja amat dekat di hatinya kerana beliau pernah menjadi penjaja semasa kecil.

Menurut Perdana Menteri, ketika bersekolah rendah lagi, beliau pernah menjaja buah limau di kaki lima serta menjaja ikan di pasar minggu di Temerloh, Pahang.

“Jadi apa dibangkitkan oleh penjaja saya faham sebab saya pernah jadi penjaja. Hidup saya sama seperti penjaja. Apa yang penjaja rasa saya sudah lalui dulu.

“Jika kerajaan ini kembali memerintah segala permohonan daripada persatuan penjaja akan kita luluskan. Insya-Allah,” katanya pada Perasmian Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri membangkitkan tentang usaha beliau membantu golongan penjaja semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kata beliau, persatuan penjaja ketika itu mengadu kepadanya tidak ada kementerian yang menjadi ‘bapa’ kepada persatuan itu untuk menjaga nasib penjaja.

Advertisements

Jelasnya, beliau kemudian mengumumkan dalam satu majlis di hadapan kira-kira 10,000 penjaja di Dataran Merdeka bahawa persatuan penjaja diletakkan dibawah KPDNKK.

“Jadi sayalah ‘bapa’ yang pertama kepada persatuan penjaja di Malaysia apabila diletakkan dibawah KPDNKK ketika itu.

“Baru-baru ini saya menerima surat persatuan penjaja mahu saya jadi jadi penaung. Walaupun saya Perdana Menteri, tetapi sebahagian saya adalah persatuan penjaja.

“Oleh itu, dengan ini saya bersetuju untuk menjadi penaung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia. Insya-Allah. Kita akan sentiasa berjumpa, dan terus bantu persatuan penjaja.

“Saya cuma minta kalau saya mohon bantuan tolong bantu saya nanti,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan