27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KKM kesal penjualan vape menyerupai permainan kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) berasa kesal dengan isu tular penjualan rokok elektronik atau vape yang menyerupai permainan kanak-kanak atau “Tiger Pod” yang kini semakin berleluasa.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu sangat membimbangkan ibu-bapa dan guru kerana produk tersebut direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan ialah apabila rokok elektronik tersebut menggunakan cecair bernikotin, yang penjualannya adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.

“Menyedari bahawa Akta Racun 1952 tidak mempunyai peruntukan terhadap larangan aktiviti promosi dan pengiklanan cecair rokok elektronik atau vape, maka peruntukan tersebut telah dimasukkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang lebih bertujuan mengawal selia penghasilan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Dr Zaliha lagi, ia telah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen Ogos tahun lalu dan pelaksanaan terhadapnya masih tertangguh hingga kini.

Advertisements

Menurutnya,pPenyelesaian terhadap penjualan produk yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda seperti ‘Tiger Pod’ ini perlu kepada kerjasama pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan yang lain.

“Saya juga ingin menegaskan supaya pengusaha-pengusaha vape haruslah mengambil sikap pertanggungjawaban yang tinggi dalam menghasilan produk mereka.

“Ibu-bapa juga diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan KKM juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan bagi memastikan pendidikan berterusan berkaitan bahaya merokok dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan