30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Isu ancam keharmonian mesti ditangani- Sultan Johor

Jabatan Pendidikan mesti bertindak pantas untuk menangani situasi sebegini agar tidak menular emosi negatif serta perkara tidak sahih dalam kalangan rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa isu- isu yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan bangsa Johor mesti ditangani dengan cekap oleh pihak berkuasa.

Titah Sultan Johor, baginda tidak mahu bangsa Johor keliru dan mula berburuk sangka antara satu sama lain.

“Saya cukup menitikberatkan betapa pentingnya untuk persefahaman, perpaduan dan toleransi antara kaum kita yang pelbagai.

“Jabatan Pendidikan mesti bertindak pantas untuk menangani situasi sebegini agar tidak menular emosi negatif serta perkara tidak sahih dalam kalangan rakyat.

“Ini juga merupakan pengajaran kepada semua pihak yang perlu menangani rasa tidak puas hati mereka,”titah Baginda dalam kenyataan malam tadi.

Kecoh dalam media sosial sebelum ini susulan dakwaan bahawa pelajar bukan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent sengaja dikecualikan daripada bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diadakan di sebuah hotel – pada 19 dan 20 Januari.

Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) semalam mendakwa bengkel SPM itu diadakan berasingan bagi mengelakkan mengganggu pelajar yang membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina.

Kementerian juga berkata sesi kedua bengkel itu dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Januari untuk pelajar lain yang tidak turut serta sebelum ini.

Sultan Johor bertitah, tiada orang yang patut disisihkan daripada suatu program awam kerana agama atau bangsanya.

“Jika benar ada yang telah diasingkan kerana itu, maka tindakan perlu diambil kepada penganjur.

“Begitu juga jika didapati tuduhan adalah tidak benar dan dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,”titah baginda. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan