36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jururawat, suri rumah didakwa memperdagangkan bayi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG jururawat dan seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari, dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Noor Azlina Mohd Nasir, 41 yang bertugas di sebuah hospital di Alor Setar dan D. Murugamal, 52, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikuti kertas pertuduhan, mereka didakwa untuk mencapai niat yang sama, telah memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari iaitu sejenis eksploitasi yang menyalahi undang-undang.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan letak kereta berdekatan sebuah hospital swasta di Manjung, kira-kira jam 12 tengah hari, 18 Jun 2020.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 Februari sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen.

Pendakwaan telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Mohd Farouk. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan