24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tanah runtuh: Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JALAN Sungai Tiram-Ulu Tebrau (J08) yang menghubungkan Seelong dan Felda Ulu Tebrau, Kulai ditutup berikutan kejadian tanah runtuh di bahu jalan terbabit akibat hujan lebat yang berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dalam notis dikeluarkan berkata, penutupan jalan menghala ke Kota Tinggi itu ditutup buat sementara waktu kepada semua kenderaan.

Menurutnya, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah hadir awal untuk laksana pemantauan dan penyediaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) sementara.

“Hasil pemeriksaan, pergerakan tanah masih berlaku dan jalan itu akan ditutup dari persimpangan Jalan Kulai-Kota Tinggi (ke Felda Ulu Tebrau) sehingga ke Pusat Pelupusan Sampah (SWM) sementara pemeriksaan terperinci dilaksanakan.

Advertisements

“Pemasangan TMP, papan tanda lencongan telah dipasang sebagai hebahan dan pemasangan kanvas dilaksanakan bagi mengurangkan berlaku hakisan yang lebih besar di lokasi kejadian.

“Tempoh penutupan jalan akan ditentukan selepas pemeriksaan lanjut,” katanya dalam notis hari ini.

Menurut notis itu, cadangan laluan alternatif yang boleh dilalui dari Felda Ulu Tebrau-Jalan Seelong (J02), Jalan Lapangan Terbang Senai (FT16), Jalan Persekutuan Johor Bahru- Air Hitam (FT001), Jalan Kulai-Kota Tinggi (FT94).

Selain itu, Jalan Utama Johor Bahru- Kuantan di Mersing iaitu di FT003 Landmark SM. Anjung Batu (berhampiran Pintu Gerbang Mersing) ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana ditenggelami banjir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan