30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Johor, Sabah dilanda hujan lebat berterusan – MetMalaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA kawasan di Johor dan Sabah akan dilanda hujan lebat berterusan hari ini berdasarkan kepada amaran bahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan kenyataan Facebook MetMalaysia, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Manakala di Sabah melibatkan kawasan di Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran buruk berikutan ramalan hujan lebat berterusan hari ini di beberapa kawasan di Pahang yang melibatkan Pekan dan Rompin. 

Turut berada dalam amaran buruk ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang melibatkan kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian. 

Beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei Mukah dan Bintulu serta pedalaman Sabah iaitu Tambunan, Pantai Barat dan Tawau turut berada dalam amaran buruk hari ini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran waspada berikutan ramalan hujan lebat hari ini di beberapa kawasan di Pahang, Sarawak dan Sabah. 

Amaran waspada itu membabitkan kawasan di Maran, Kuantan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, dan Tongod. – Edisi 9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan