32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

mangsa banjir

KPLB buat penilaian kerosakan untuk salur bantuan

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya sedang dalam proses membuat penilaian keseluruhan dalam mengenal pasti jenis-jenis kerosakan yang dialami bagi membolehkan sejumlah peruntukan dapat disalurkan bagi membantu mangsa banjir. Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata,...

USIM aktif bilik gerakan bencana banjir bantu pelajar, kakitangan

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah segera mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Ahad lalu bagi menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas terutama yang berada di sekitar Labu Lanjut, Salak Tinggi dan Sepang, Selangor. Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan...

Spritzer edar air minuman kepada mangsa banjir

PENGELUAR air mineral, Spritzer menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir dengan mengedar air minuman ke pusat-pusat perpindahan sementara. Susulan bencana yang melanda, syarikat membuat persiapan untuk mengedarkan air mineral menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah...

ATM utamakan usaha selamatkan mangsa banjir – Panglima

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keutamaan untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menyarankan agar semua pihak menumpukan ke arah usaha berkenaan. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang berkata, langkah berkenaan bagi memastikan sebarang usaha melibatkan pengurusan bencana...

UKM gerakkan 1,200 sukarelawan bantu mangsa banjir

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia mengerakkan seramai 1,200 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti itu bagi membantu mangsa banjir di Selangor. Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Mohd Ekhwan Toriman berkata, sukarelawan terbabit akan membantu membersihkan rumah mangsa terutama penuntut dan kakitangan...

Mydin halalkan mangsa banjir pecah masuk premis

MYDIN Mohamed Holding Berhad (Mydin) memahami situasi yang dialami mangsa banjir dan ‘menghalalkan’ perbuatan individu yang memecah masuk pasar raya miliknya di Taman Sri Muda, Shah Alam. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, secara jujurnya beliau tidak menyokong...

Banjir: Khazanah, Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta

PRIHATIN dengan musibah yang dihadapi mangsa banjir, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan yayasannya, Yayasan Hasanah masing-masing mengumumkan sumbangan bernilai RM5 juta dan RM2.5 juta untuk membantu menyokong usaha bantuan segera. Di samping sumbangan kewangan, Yayasan Hasanah turut bekerjasama dengan...

KPLB hulur bantuan segera kepada mangsa banjir di Bangi Lama

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir berupa kit makanan dan peralatan kebersihan bernilai RM100 bagi setiap keluarga di Kampung Bangi Lama, Hulu Langat, Selangor. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata,...

Lakukan ujian saringan COVID-19 di PPS – titah Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan supaya ujian saringan COVID-19 dilakukan terhadap mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan tiada kluster baharu berlaku. Memetik laporan Bernama, Seri Paduka bertitah ujian itu membolehkan...

Banjir: 7 meninggal dunia, seorang masih hilang di Selangor

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan tujuh maut dalam bencana banjir di negeri ini manakala seorang mangsa masih lagi hilang sejak Sabtu lalu. Pengarah JBPM Negeri, Norazam Khamis berkata, daripada jumlah itu, tiga mangsa lemas manakala seorang mangsa...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur gagal jawab soalan

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...
- Advertisement -spot_img