24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mydin halalkan mangsa banjir pecah masuk premis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MYDIN Mohamed Holding Berhad (Mydin) memahami situasi yang dialami mangsa banjir dan ‘menghalalkan’ perbuatan individu yang memecah masuk pasar raya miliknya di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, secara jujurnya beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mangsa tidak mempunyai pilihan demi kelangsungan hidup masing-masing.

Bagaimanapun menurutnya, dia amat tersentuh hati dan bersimpati dengan insiden banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan Covid-10.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup kerana bantuan yang lambat tiba, bukannya dengan niat sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau juga memanjatkan doa kepada Allah agar kesemua mangsa yang terlibat selamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa.

Semalam media melaporkan polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25.

Difahamkan antara kedai serbaneka yang terlibat adalah outlet milik Mydin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan