26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

UKM gerakkan 1,200 sukarelawan bantu mangsa banjir

UKM turut sediakan unit kediaman di Bangi dan Kuala Lumpur yang kosong sebagai penempatan sementara kakitangan yang menjadi mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia mengerakkan seramai 1,200 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti itu bagi membantu mangsa banjir di Selangor.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Mohd Ekhwan Toriman berkata, sukarelawan terbabit akan membantu membersihkan rumah mangsa terutama penuntut dan kakitangan universiti itu yang terjejas.

Menurut beliau, usaha mengumpulkan sukarelawan terbabit hasil usaha Hal Ehwal Pelajar serta Pendaftar universiti yang dilakukan secara segera setelah bencana berlaku.

“Berdasarkan maklumat awal, kita telah mengenal pasti 67 keluarga kakitangan serta seramai 1,177 pelajar yang terkesan akibat bencana ini.

“Petang semalam, enam buah bas membawa 120 sukarelawan digerakkan ke beberapa lokasi banjir di kawasan Bangi Lama dan Hulu Langat.

“Insya-Allah, kita akan terus mengembleng tenaga sukarelawan di lokasi berbeza untuk menyantuni seramai mungkin mangsa banjir dalam kalangan pelajar, kakitangan serta masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Banjir: Pemohonan tangguh bayaran PTPTN boleh kemuka esok

Mohd Ekhwan berkata, antara inisiatif awal yang diambil oleh pihak UKM termasuk menyediakan penempatan sementara bagi keluarga kakitangan terlibat.

“Pihak UKM sedia membuka pintu unit kediaman kami di kawasan Bangi dan Kuala Lumpur serta kolej kediaman yang kosong bagi menempatkan mangsa banjir yang terdiri daripada kakitangan universiti yang memerlukan.

“Selain itu, pihak universiti juga memberi perlepasan kepada pelajar bagi menangguhkan kelas dan kerja makmal selama seminggu bagi mereka membantu keluarga membersihkan kawasan yang terjejas,” katanya.

Baca juga:   Sebar luas maklumat bantuan secara sistematik elak tercicir

Beliau berkata, zakat UKM turut menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan kewangan kepada kakitangan yang terkesan dengan bencana ini di samping sumbangan daripada alumni UKM.

Tambahnya, sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir diberi taklimat terlebih dahulu dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang masa bagi mengekang penularan COVID-19.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan