28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3,140 kes baharu, meningkat berbanding semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES positif Covid-19 meningkat hari ini dengan 3,140 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah itu meningkat berbanding 2,589 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 4,278 kes dengan 2,642,469 kes kumulatif atau 97.0 peratus.

“Sebanyak 58 kes daripada kes harian adalah kes import yang melibatkan seramai 51 warganegara dan tujuh bukan warganegara.

“Penularan tempatan pula merekodkan sebanyak 3,082 kes [2,910 warganegara (94.4 peratus); 172 bukan warganegara (5.6 peratus).

“Terdapat 64 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan 3,076 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) merekodkan sebanyak 353 kes (275 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak189 kes (125 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Kata beliau, terdapat empat kluster lagi dilaporkan pada hari ini sekaligus menjadikan kluster aktif kini mencecah 247 kluster. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan