26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KPLB buat penilaian kerosakan untuk salur bantuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya sedang dalam proses membuat penilaian keseluruhan dalam mengenal pasti jenis-jenis kerosakan yang dialami bagi membolehkan sejumlah peruntukan dapat disalurkan bagi membantu mangsa banjir.

Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya kini sedang giat mendapatkan data-data menerusi agensi kementerian di setiap negeri.

“KPLB baharu sahaja mengadakan mesyuarat secara maya untuk melihat isu banjir ini. Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan buat kajian dari segi bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa banjir, begitu juga agensi-agensi lain dibawah KPLB.

“Sebaik sahaja mendapat data tersebut, kita akan membentangkannya dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media pada majlis Anugerah Ilham Desa 2020 (AID 2020) di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor hari ini.

Beliau berkata, Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid sangat komited, dalam menyalurkan bantuan apabila bencana banjir ini melanda, dan Ahad lalu terus memperuntukkan RM4 juta bagi membantu mereka yang terkesan.

Advertisements

“Pasca banjir ini sudah pasti kita akan turun serta-merta menyelesaikan pemasalahan terutamanya masyarakat luar bandar dengan melihat apakah yang boleh dibantu dengan kadar segera.

“Kita juga mengadakan penilaian dari segi kewangan, kerosakan dan sebagainya, kalau rumah musnah, dah tidak boleh baiki lagi.

“Ketika kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pahang sahaja sebuah kawasan penempatan telah dibina bagi mangsa banjir supaya tidak terlibat dengan bencana banjir lagi. Sepatutnya itu yang dilakukan.

“Ketika ini, proses sangat besar dan Selangor yang paling terjejas teruk. Namun kita ada jentera di setiap negeri yang sudahpun mulakan siasatan bagi menilai aspek-aspek kerosakan.

“Penilaian kerosakan ini bukan calang-calang, ia diluar jangka,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan