25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Banjir: Pengurusan bencana berbeza ikut situasi, lokasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI dan ciri banjir yang berbeza antara sesebuah tempat, menyebabkan pengurusan bencana juga berlainan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, sesuatu pengurusan itu perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh komander operasi bencana terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

“Kadang-kadang kita tidak tahu keadaan (situasi banjir) di sesuatu tempat.

“Ia berbeza-beza situasi dan kita cenderung buat andaian am bagi semua tempat. Itu tak betul keadaan seumpama itu,”katanya selepas meninjau situasi banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 hari ini, lapor Bernama.

Rodzi berkata secara keseluruhan, beliau mendapati pengurusan bencana di Taman Sri Muda khususnya berada pada di tempatnya dan sudah berjalan dengan baik.

“Cuma pada peringkat awal disebabkan hujan yang terlalu banyak, secara tiba tiba. Kita tidak menjangka paras air akan naik sebegini tinggi jadi kita terperangkap dalam banyak keadaan.

Baca juga:   Wira Putra bantah pelantikan Eric Paulsen, gesa pecat segera

“Namun agensi kerajaan semua telah memainkan peranan, berusaha bersungguh-sungguh walaupun keluarga masing-masing ada yang kena banjir, tetapi semua petugas kerajaan cukup komited untuk memberi khidmat yang terbaik,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan