30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Penilaian lanjut kerosakan sekolah terjejas akan dibuat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah yang terjejas.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan berkata, ia akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM.

“Dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor telah mengakibatkan kerosakan kepada 36 buah sekolah.

Advertisements

“Kerosakan tersebut melibatkan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan buah sekolah di Selangor,”kata kenyataan itu.

KPM berkata, penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera.

“JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi
membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Ujar KPM, pihaknya sentiasa mengambil berat perkara berkaitan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan