25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

EPL: Harapan Liverpool ke UCL makin tipis

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

HARAPAN Liverpool untuk menduduki dua slot terakhir Liga Juara-juara Eropah (UCL) semakin tipis selepas hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 denganAston Villa dalam perlawana Liga Perdana Inggeris (EPL), di Anfield, malam tadi.

The Reds dikejutkan jaringan padukan pelawat  pada minit ke-19 apabila penyerang utama Villa, Ollie Watkins dijatuhkan Ibrahima Konate dalam kotak penalti Liverpool.

Watkins yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti bagaimanapun hampa apabila sepakannya tersasar ke tepi gawang Reds. 

Namun keceriaan penyokong Liverpool tidak bertahan lama apabila rakan sepasukan Watkins, Jacob Ramsey menyumbat gol pertama Villa pada minit ke-27.

Anak buah Jurgen Klopp cuba bangkit melancarkan serangan ke atas Cilla bagi memburu gol penyamaan.

Tetapi barisan pertahanan Villa diketuai Tyrone Mings kekal ampuh memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Liverpool menyangka telah menyamakan kedudukan menerusi Cody Gakpo pada minit ke-54 sebelum pembantu pengadil video (VAR) membatalkan gol tersebut selepas mengesan Virgil van Dijk dalam kedudukan offsaid.

Pemain gantian, Roberto Firmino berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi gol pada minit ke-90. 

Liverpool berusaha memburu gol kemenangan dengan 10 minit masa tambahan diberikan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan Manchester United 1-0 ke atas Bournemouth memastikan Liverpool semakin hampir beraksi di Liga Europa musim hadapan. 

Kemenangan besar Newcastle 4-1 ke atas Brighton pada Jumaat lalu juga sudah hampir pasti menutup laluan The Reds untuk beraksi di pentas UCL musim depan.

Sementara itu, Villa pula semakin hampir untuk beraksi di Liga Europa buat kali pertama sejak musim 2010-2011. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan