26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Liga Super: Red Giants baham Bos Gaurus

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC (SFC) lebih unggul dalam aksi ‘El Clasico Malaya’ selepas membelasah Perak FC 4-0 di Stadium Perak, malan tadi

Pasukan pelawat memulakan pesta gol di minit ke-38 untuk membuka jaringan selepas mereka dihadiahkan sepakan percuma pada sudut yang baik.

Ayron del Valle  berjaya menyudahkannya dengan cantik untuk gol pertama pelawat.

Jaringan itu adalah gol kelapan buat Ayron dalam kancah Liga Super setakat ini dan 

 Faisal Halim terus menggandakan kelebihan Selangor melalui jaringan di penghujung babak pertama.

Advertisements

Tuan rumah tambah tertekan apabila ketinggalan tiga gol hanya selepas lima minit babak kedua bersambung apabila rembatan jarak jauh Mukhairi Ajmal Mahadi menewaskan T Shaheeswaran buat kali ketiga.

Ayron melengkapkan kemenangan bergaya Selangor melalui gol keempat pada minit ke-70 melalui tandukan mudah sekaligus membawa pulang tiga mata untuk Red Giants. 

Kemenangan ini membawa skuad Red Giants kembali merampas kedudukan kedua daripada Sri Pahang FC (SPFC) dalam carta Liga Super.

Anak buah Tan Cheng Hoe kini berkongsi 25 mata dengan skuad Tok Gajah namun menghuni tangga kedua dengan kelebihan gol.

Perak FC pula gagal meneruskan momentum selepas berjaya meraih kemenangan pada aksi terakhir berdepan Kelantan FC dan pungutan mata selepas 11 perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan