31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

JSJ gempur 10 bengkel dalam Op Lejang Khas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 10 premis bengkel digempur Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam Op Lejang Khas yang dijalankan di Selangor dan Perak, kelmarin.

Operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan itu dilakukan selepas mendapati terdapat sindiket bengkel lori yang bergiat aktif menjalankan kegiatan menganggu nombor enjin dan casis lori.

Menerusi kenyataan JSJ berkata, operasi khas dinamakan OP Lejang Khas (Kenderaan Berat) ini telah dijalankan bermula 12 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2023.

“Polis berjaya menahan seramai 18 individu dalam serbuan yang di buat ke 10 premis bengkel di 3 lokasi berbeza.

Advertisements

“Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah turut merampas 21 buah lori dan bongkah enjin serta peralatan mengetuk enjin casis.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM2.1 juta.

JSJ berkata, kes berkenaan disiasat dibawah seksyen 413 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan