30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pembahagian kerusi BN-PH 90 peratus selesai – Mohamad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBAHAGIAN kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri sudah 90 peratus selesai.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cuma terdapat satu atau dua kerusi yang berlaku pertindihan dan memerlukan penyelesaian daripada Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua parti gabungan tersebut.

“Pertindihan kerusi ini disebabkan semua rasa boleh menang, jadi kita serahkan kepada Jawatankuasa Majlis Presiden untuk menentukan bagi melihat dari segi kaca mata yang lebih luas.

“Macam di Negeri Sembilan, 16 kerusi sudah dikunci, hanya satu atau dua kerusi yang PH nak dan BN juga nak, jadi kita letak pada Majlis Presiden,” katanya kepada media di Rembau hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Mohamad merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Rembau ke-47.

PRN bagi enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah dijangka akan diadakan pada Ogos ini.

Sementara itu, beliau berkata, gerak kerja setiap parti yang mana kerusinya sudah dimuktamadkan sudah boleh dimulakan.

“Kita tidak mahu disebabkan satu atau dua kerusi ini, kerja terbantut,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan