30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Yahoo Group ditamatkan mulai 15 Disember

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Yahoo Group, aplikasi komuniti yang menghubungkan orang ramai berdasarkan minat bersama bakal dihentikan pada 15 Disember ini selepas 20 tahun berada di alam maya.

Dalam kenyataan kepada pengendali dan ahli kumpulannya, Yahoo berkata, mereka mengalami penurunan pengguan yang berterusan sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam tempoh yang sama, kami menyaksikan tahap penglibatan yang belum pernah berlaku sebelumnya yang mana pelanggan mencari kandungan premium dan boleh dipercayai.

“Namun, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar mengenai produk yang tidak lagi sesuai dengan strategi jangka panjang kami agar kami mengarahkan fokus kepada bidang perniagaan yang lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Yahoo Group sebelum ini digunakan oleh orang ramai untuk mengumpulkan rakan-rakan berdasarkan minat seperti rakan kuliah, kejiranan, kemahiran baharu dan lain-lain melalui internet.

Advertisements

Kenyataan itu berkata, mulai 15 Disember ini laman web Yahoo Group akan ditutup dan ahli-ahlinya tidak lagi dapat menghantar atau menerima e-mel daripada kumpulan tersebut.

“Terima kasih kerana membantu kami membina komuniti digital terawal – kami bangga dan berbesar hati kerana telah menjalin hubungan yang tidak terhitung sejak 20 tahun kebelakangan ini dan memainkan peranan kecil dalam membantu membina komuniti anda,” kata kenyataan itu.

Perkembangan aplikasi komuniti berasaskan telefon bimbit seperti WhatsApp, Telegram, WeChat dan lain-lain dipercayai antara sebab penutupan Yahoo Group yang berasaskan internet.

Selain itu, perkhidmatan itu juga semakin tidak popular selepas orang ramai beralih kepada Facebook, yang menjadi aplikasi komuniti paling utama di seluruh dunia pada masa kini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan