24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lima warna gelang pengawasan Covid-19 perlu anda tahu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang dipakai individu di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).


Akaun Facebook rasmi KKM dalam satu hantaran berkata, gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran. 


Menurutnya, pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan Covid-19.

“Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 

“Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut. Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat,” tulis hantaran itu hari ini.

Advertisements


Hantaran itu menjelaskan, gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. 


Katanya, sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

“Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya.

“Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang HSO untuk kekal berada di rumah sangat dihargai,” tambah hantaran itu.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan