27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Litar drag: Bajet tidak dibahas, diluluskan Parlimen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mendedahkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pembinaan litar drag tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan.

KBS menerusi kenyataan berkata, ini kerana Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan Bajet 2023.

Oleh itu katanya, bajet tersebut tidak pernah disalurkan kepada kementerian bagi pembangunan litar drag di seluruh negara seperti yang diumumkan.

“Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM 20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri.

“KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, KBS tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat untuk anak muda.

Namun begitu, katanya, keselamatan pelumba, penonton dan semua yang terlibat perlu diberi keutamaan.

“KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM juga sedang giat membangunkan garis panduan sukan bermotor yang akan memberikan panduan mengenai sukan bermotor terutamanya melibatkan penganjuran acara termasuklah perlumbaan drag.

“Usaha yang digerakkan ini dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan.

“Program MalaysiaActive@Motorsports yang akan diadakan di seluruh negara melibatkan pengisian aktiviti seperti perlumbaan, bengkel sukan permotoran, kelas latihan asas sukan (Klass) permotoran, Kursus Akreditasi dan Pentauliahan serta melalui program Muda yang akan diberi nafas baru tidak lama lagi,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan