27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

12 individu ditahan terlibat penipuan mata wang kripto

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan 12 individu termasuk seorang lelaki tempatan, sembilan lelaki warga asing dan dua wanita warga asing kerana disyaki terlibat dalam penipuan mata wang kripto secara dalam talian.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, penahanan dibuat susulan serbuan yang dijalankan di dua lokasi berbeza di sekitar Melaka.

Katanya, polis turut merampas beberapa peralatan berkaitan seperti sembilan set komputer, telefon bimbit (30), wireless router (2), kad sim (3), skrib bertulisan Cina (2) dan buku nota (2).

“Siasatan mendapati sindiket menggunakan laman Youtube bagi mengiklankan pakej pelaburan mereka dan tempoh matang yang ditawarkan kepada mangsa antara satu hingga 200 hari, bergantung kepada pakej yang dipilih.

Advertisements

“Pakej yang ditawarkan juga menggunakan mata wang asing dengan kadar serendah $10 hingga $3,000 dan setelah bayaran diterima, akaun pelaburan mereka ditutup serta merta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan sebatan serta denda.

“PDRM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang skim pelaburan.

“Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada sumber rasmi seperti portal Semak Mule, Alert List Bank Negara dan Suruhnajaya Sekuriti (SC) sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan