25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki simbah air minuman kepada jurutol ditahan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Gara-gara menyimbah air minuman kepada seorang jurutol sehingga video kejadian itu tular di media sosial semalam, seorang lelaki ditahan polis selepas mangsa membuat laporan polis.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas mangsa yang takut membuat laporan petang semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada pukul 7 pagi semalam ketika mangsa bertugas di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan dan suspek ke lorong seperti disyorkan sebelum berlalu pergi.

“Pada pukul 9.05 pagi hari sama, suspek datang semula ke tempat mangsa bertugas dan memarahi serta menyimbah air minuman ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya menerusi rakaman video PDRM RMP TV.

Advertisements

Risikin berkata, mangsa yang takut dengan ugutan suspek tampil membuat laporan pada 4.25 petang.

“Bertindak atas laporan berkenaan sepasukan polis yang menjalankan siasatan mengesan suspek dan berjaya menahannya,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506  Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup berdurasi 51 saat yang menunjukkan seorang lelaki menaiki kereta Perodua Bezza bertindak keluar sebelum menyimbah air minuman kepada jurutol.

Suspek kemudiannya dirakam ‘melarikan diri’ selepas melakukan perbuatan itu.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan