Tuesday, June 16, 2026

Perkhidmatan Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad ini.

Keadaan itu dipercayai berlaku susulan penyelenggaran sistem tersebut pada minggu ini.

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan antara perkhidmatan terlibat adalah mesin juruwang automatik (ATM), terminal layan diri, Maybank2U dan perbankan dalam talian.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman anda.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank 1-300-88-6688 jika anda di Malaysia, atau 603-78443696 bagi luar negara,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan