31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Perkeso sahkan seorang pegawai disiasat SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEETUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0 semalam.

Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).

Menurut Perkeso, pegawai terbabit disyaki terlibat menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana.

Advertisements

“Sehubungan itu, pihak kami menegaskan bahawa Perkeso tidak akan mencampuri urusan tersebut dan memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan penyiasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai,”menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan SPRM telah menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi selepas disyaki terbabit menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan