30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PM ucap selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Guru kepada seluruh guru dan warga pendidik di negara ini.

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau.

“16 Mei adalah tarikh besar tatkala kita mengenang dan mengimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat.

Advertisements

“Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi.

“Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan