25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Haaland pemain terbaik Anugerah FWA

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENYERANG sensasi Manchester City, Erling Haaland dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) manakala anugerah bagi kategori wanita dimenangi Sam Ker yang beraksi bersama Chelsea.

Haaland yang baru sahaja beraksi di musim pertama bersama City sudah meledak 51 gol dalam semua kejohanan untuk The Citizens musim ini menang dengan 72 peratus undian.

Kemenangan ini merupakan margin terbesar sejak saingan Liga Perdana Inggeris bermula.

Pemain Arsenal, Bukayo Saka berada di kedudukan kedua diikuti rakan sepasukannya, Martin Odegaard.

Advertisements

Dalam kategori wanita, pemain antarabangsa Australia, Kerr menjadi pemain pertama memenangi anugerah secara berturut-turut selepas dia mengatasi Rachel Daly dari Aston Villa.

Rakan sepasukan Kerr, Lauren James mendapat undian ketiga tertinggi.

Kerr turut cemerlang musim ini dengan menjaringkan 26 gol dalam 34 penampilan bersama kelab itu musim ini untuk membantu Chelsea, yang kini berada di tangga kedua Liga Super Wanita, layak ke final Piala FA dan separuh akhir UCL.

Haaland dan Kerr akan menerima anugerah mereka dalam satu majlis bakal diadakan pada 25 Mei ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan