28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tumpu Proklamasi Orang Melayu punca Tun M tinggalkan GTA

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan untuk meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) adalah untuk memberi tumpuan terhadap Proklamasi Orang Melayu.

Mantan Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan tidak timbul isu beliau mengetepikan mana-mana parti politik Melayu yang wujud susulan tindakannya meninggalkan gabungan itu.

“Saya merasa bahawa jika saya bergerak di atas landasan parti politik, ada orang Melayu dari parti politik yang lain tidak begitu selesa untuk menyokong proklamasi tersebut.

“Proklamasi ini bertujuan menyatu orang Melayu melangkaui garis politik.

“Ini bermakna orang Melayu yang juga ahli UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah (Parti Amanah Negara) serta juga segelintir yang ada di dalam DAP, jika berkongsi kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi ini akan turut menandatanganinya.

“Apabila orang Melayu dapat bersatu dan bersetuju dengan kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi, maka ia menjadi tanggungjawab setiap parti yang berlandas perjuangan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga belum memutuskan sama ada akan terus bergiat dalam arena politik lagi selepas ini.

“Sama ada saya akan bergiat di atas landasan politik selepas ini bukan sesuatu yang perlu saya fikir ketika ini.

“Orang Melayu akan kehilangan segala-galanya jika kita tidak ada kesedaran dan kesemua parti-parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuang kepentingan orang Melayu tidak bersatu,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan