31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Mukhriz, Pejuang Kedah sokong Proklamasi Orang Melayu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MAJLIS pimpinan Pejuang Kedah yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menandatangani Proklamasi Orang Melayu di hadapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad., semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata ia merupakan satu petanda baik untuk semua pihak berganding bahu demi perjuangan memperkasakan semula orang Melayu.

“Sekretariat Orang Melayu amat gembira dengan majlis tersebut yang dianjurkan di Kubang Pasu, Kedah serta akan memanjangkan jemputan pada parti Pejuang untuk menghantar wakil membarisi dalam jawatankuasa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Advertisements

“Ketua Setiausaha, Datuk Marzuki Yahya telah pun mengagihkan kuota untuk wakil Pejuang duduk sebaris dalam saf perjuangan ini,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, pemimpin PAS termasuk presiden parti itu Tan Sri Abdul Hadi Awang mendatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ di kediaman Mahathir.

Turut kelihatan bagi menyatakan sokongan adalah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selain Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan