26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pelajar dipukul kerana tidak hormat senior

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA tidak menghormati pelajar senior, seorang pelajar tingkatan tiga mendakwa dipukul lima pelajar tingkatan lima dalam kejadian di Kemensah Height Embun, Kemensah Trak Motocross, Taman Melawati pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian bermula ketika di sekolah apabila mangsa ditumbuk di bahagian dada, dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar tingkatan lima yang dikenalinya.

Katanya, mangsa turut diugut akan disiku di bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di anjung selera.

“Pada pukul 3 petang, mangsa telah diajak oleh lima suspek ke Bukit Mas, Kemensah lalu dipukul. Salah seorang suspek turut menumbuk muka mangsa sebanyak empat kali.

Advertisements

“Kejadian disaksikan lebih kurang 10 hingga 15 orang pelajar. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, kepala, luka di kening, rahang di bahagian muka kiri serta belakang tengkuknya mengalami kesakitan dan bengkak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior tingkatan lima.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada sengaja mendatangkan kecederaan.

“Hukuman bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan