27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Pertingkat kerjasama keselamatan sempadan maritim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digesa mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan dengan mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui pelaksanaan operasi khas antara negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Maritim Malaysia perlu melaksanakan kerjasama erat dengan mengadakan operasi bersama sebagaimana yang sedang dilakukan dengan pihak Australian Border Force (ABF).

“Op Redback merupakan kerjasama antara Maritim Malaysia dan ABF dalam usaha membanteras dan mengekang aktiviti jenayah dilaut.

“Khususnya aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia, dadah, barang-barang kawalan, pemerdagangan orang serta pencerobohan nelayan asing,” katanya ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi; Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Hamid Mohd Amin.

Saifuddin turut berharap agar masyarakat khususnya komuniti maritim untuk terus menjadi mata dan telinga Maritim Malaysia serta agensi penguatkuasa lain dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau jenayah di perairan negara.

“Kejayaan kes tangkapan yang dilaksanakan sebelum ini juga adalah hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh orang ramai,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan