33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

2 maut dalam nahas 2 kenderaan berat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut selepas lori yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 402.7, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur, di Hulu Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 4.13 pagi.

Menurut beliau, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah treler Scania yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lori Isuzu yang membawa muatan ais batu.

Advertisements

“Dua lelaki berusia 30-an yang menaiki lori itu masing-masing tersepit di bahagian pemandu dan kelindan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Morni, identiti kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Untuk rekod, Komander Operasi PBK II Hairun Afiza bin Ahmad dilaporkan kerja-kerja menyelamat dilakukan dan berjaya mengeluarkan mangsa bagi tindakan selanjutnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan