30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

TPM harap Ketengah terus berbakti untuk wilayahnya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) diharap dapat terus berusaha menabur bakti kepada masyarakat di wilayah tersebut.

Harapan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Jubli Emas penubuhan Ketengah semalam.

yang mahu meloi langkah itu perlulah selari dengan slogannya iaitu Peneraju Pemodenan Pembangunan.

“Justeru, dengan slogan Peneraju Pemodenan Pembangunan saya yakin dan berharap Ketengah akan terus berusaha sebaiknya menabur bakti kepada masyarakat di wilayahnya,” katanya menerusi Facebook beliau.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sejak diperbadankan pada 12 April 1973 Ketengah telah diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Rubiah Wang menyerahkan replika kunci rumah PPRT kepada salam seorang penerima di Bandar Al Muktafibillah Shah, Dungun semasa sambutan Jubli Emas Ketengah. Hadir sama, Ahmad Said dan Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. – Foto: Ketengah

Katanya, pada 12 Jun 1993 kawasan pembangunan Tasik Kenyir seluas 209,199 hektar telah digazetkan sebagai wilayah Ketengah, sekali gus menjadikan jumlah keluasannya mencapai 653,075 hektar iaitu kira-kira separuh daripada keluasan negeri Terengganu.

“Setelah 50 tahun menabur bakti di wilayahnya yang dahulu merupakan hutan belantara kini berubah wajah menjadi pusat penempatan,” katanya.

Advertisements

Untuk rekod, jumlah penduduk di wilayah Ketengah kini mencapai 200,000 orang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang telah menyerahkan kunci rumah kepada enam penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ketika majlis sambutan Jubli Emas Ketengah, semalam.

Manakala seramai 264 orang lagi menerima sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah (TAMK).

“Sejak 2004 sehingga kini, sebanyak RM10.3 juta telah disalurkan kepada penerima bagi meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan menyambut Syawal,” katanya di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.

Hadir sama, Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. –

-EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan