36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UMNO mulakan gerak kerja untuk perkasa parti

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

UMNO telah memulakan perancangan untuk memperkasa semula parti serta melaksanakan gerak kerja untuk meraih semula sokongan rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua jabatan di Menara Dato Onn semalam.

“Agenda penting dalam mesyuarat termasuk persiapan Perhimpunan Agong UMNO, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Selain itu, penstrukturan baharu organisasi UMNO berdasarkan majlis-majlis dan sekretariat-sekretariat Majlis Kerja Tertinggi yang dibentuk. 

“Ini bagi memastikan agenda memperkasakan kembali parti dan gerak kerja untuk menagih kembali sokongan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya menerusi kiriman Facebook pada Rabu.

Selain itu, mantan Ketua Pemuda UMNO itu turut menekankan kunci kejayaan parti beteraskan 5k iaitu Keikhlasan, Kesungguhan, Kekemasan gerakkerja, Kebersamaan dan Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan