27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Keputusan STAM diumum 18 April ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengumuman akan dilakukan mengikut aturan biasa dan keputusan boleh diambil bermula jam 10 pagi.

“Kita akan pastikan pengumuman dibuat aturan biasa dan diumumkan pada 18 April, dan kepada anak-anak yang akan ambil keputusan STAM, kita ucapkan semoga berjaya dan mudah-mudahan keputusan ini akan memberi kejayaan dan melonjakkan lagi semangat anak-anak untuk sambung belajar,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di KPM, di sini, hari ini.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Advertisements

Sementara, bagi calon persendirian, mereka boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian iaitu di pautan www.myresultstam.moe.gov.my.

Mereka juga boleh mendapatkan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM (Nombor Kad Pengenalan) (Angka Giliran) dan hantar ke 15888.

Sistem SMS itu akan diaktifkan bermula 10 pagi 18 April 2023 sehingga 6 petang, 25 April 2023.

Untuk rekod, seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

STAM tahun 2022 dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan