27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Isu kos bina bilik darjah: Kenyataan Bee Yin tidak tepat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang mendakwa kos pembinaan sebuah bilik darjah sehingga RM2.6 juta adalah tidak tepat, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, kementeriannya mempunyai proses kerja dan setiap projek dinilai mengikut proses sebenar berdasarkan panduan dan standard yang telah ditetapkan di peringkat kerajaan.

“Dakwaan itu tidak tepat, kerana isu yang kita nak tekankan ialah proses kerja itu, ia ada proses kerja yang harus dilalui dan skop kerja, konsultan dan piawaian tertentu yang mesti dicapai oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dalam meneruskan projek terbabit

Advertisements

“Jadi kenyataan itu tidak tepat dan kita ada penjelasan justifikasi di peringkat KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di Putrajaya, hari ini.

Bee Yin ketika perbahasan Bajet 2023 di Parlimen baru-baru ini mendakwa kos bagi membina satu bilik darjah sama seperti kos membina sebuah banglo. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan